Wahai Ansorullah!

Jumaat, 20 Jun 2014

Langkah Syahadatul Haq Ku....

Bismillahirrohmanirrohim.


Alhamdulillah kali ini, saya nak share pengalaman mengenai langkah pertama syahadatul haq (SH) yang saya

 telah lakukan yang berfokuskan untuk MENANGKAP ORANG! yiihaaakk (bersmngt plak tetiba..)

eh jap jap.....

SYAHADATUL HAQ @ SH???

ape tu?? first time dengaq nie...

Menurut Syeikh Abul Al-A'la al-Maududiyy,

SYAHADATUL HAQ ni ialah Pengakuan Sebenar Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain

 Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah .

" Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat islam) 'umat pertengahan' agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Kami tidak menjadikan kiblat yang (dahulu) kamu (berkiblat) kepadanya melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang berbalik ke belakang. Sungguh, (pemindahan kiblat) itu sangat berat, kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah. Dan Allah tidak akan menyiakan imanmu. Sungguh Allah Maha Pengasih, Maha Penyanyang kepada manusia." (Al-Baqarah :143)

Ha...Jom kita tadabbur ayat cinta Allah nie...

To me, Allah nak cakap yang kamu nie bertanggungjawab untuk sampaikan dakwah Islamiyyah kepada

umat Islam lain yang rata-rata ramai lagi yang tidak faham lagi matlamat sebenar kehidupan mereka di dunia

yang fana nie iaitu matlamat yang SANGAT BESAR, that is abid dan khalif.

Kita sepatutnya ada perasaan kesian dekat diorang, sepatutnyalah.....

kita kena tolong diorang...Kate nak masuk syurga sama-sama kan.. ;)

If kita tidak melaksanakan SH nie....apelah yang kita nak jawab depan Allah nanti...penyaksiann apa yang

kita nak buktikan kepada Allah nanti kan?...

[kredit]

Jadi kat sini ana just nak share je lah pengalaman ana yang sedikit nie pasai cara2 kita nak approach/ tarik

orang bertujuan >>> nak selamatkan diorang,

untuk??

For sure lah untuk Allah, my Almighty love... (blushing... ) :3

and sebenarnya banyak je lagi cara lain...

 Dakwah itu Kreatif kan... ;)

Al-Kisahnya gini...

Satu hari dalam minggu hawa yang dijalankan oleh sebuah kelab islam berpengaruh di universiti, saya ada

mengikuti salah satu program yang mereka atur iaitu yang melibatkan muslimah only. Nama program tu "Si

Pemakai Baju Kurung".Program ni lebih kepada forum lah. Menceritakan tentang ikhtilat, peribadi muslimah

n so on. Sebenarnya ada misi besar yang nak dilaksanakan...tu yang join forum tu....kira 2 in 1 lah.

Do u mean misi untuk mencari keturunan?

Barakallah! Indeed... (tepuk tangan sikit...hihi)

Then masuk je dalam dewan tu, terus pegi cari seat yang rasa berkenan nak duduk..randomly actually...(tpi

Allah yang aturkan semuanya) then tunggu punya tunggu... (biasalah tunggu VIP dulu kan)

kita serkap jarang je lah...

bermulalah...

"Assalamualaikum name ape? "

"uhuk...waalaikumussalam, nama saya Laila (bukan nama sebenar)"

actually kawan sebelah tengah makan donut.. tersedak dia...huhu  (next time kena lebih berhati-hati)

"owh...maaf, saya Nia (bukan nama sebenar) " *senyum

"kos apa?"

"kos seni" 

dalam hatiku 'huhu...bebudak seni rupanya (agak mencabar!)

" saya dengar bebudak seni punya jadual sangat pack, betulkah?'

" yup, totally right, kitorang tak macam students lain....pegi kuliah pagi...petang sampai malam dah bulih rehat

 di bilik, buat ape yang rasa nak buat. Tapi, kitorang bila malam kena pegi fakulti untuk tolong kerja-kerja 

senior kitorang sampaikan tengah malam baru boleh balik masing-masing."  gaya dia cerita memang penuh

semangat la.

Aku pon mengiyakan ja....

"mesti penat bangat kan?" aku bertanya untuk menyelami serba ssedikit perasaan diorang nie.. (aisehhh!)

"opkoss...nak buat cane kan...mmg itu yang kitorang kena buat" 

Aku pun berfikir sejenak. Kalaulah kita bulih buat gerak kerja Islam yang sampai penat lelah macam tu kan 

baguihh...berpenat-penat  untuk Allah...memang tak rugi kan?? ye dop? 

Tapi berpenat-penat untuk manusia ada ape dop? 

habis-habis pon belanja McD, eh! (boikot mok cik..hihi)

k, sambung balik...

" asyik saya ja bercakap, awak ceritalah sikit pasal awak plak" sambil keningnya diangkat-angkat..

"hihi...okeh-okeh...saya tak de pape pon...tak dak lah hebat macam awak (cewah ayattt! humble akk...)"

k*series ckit

" Alhamdulillah, Allah hantar saya ke sini untuk mengambil  jurusan sains makanan dan pemakanan, yang 

lebih spesifiknya kos sains makanan lah...yang dok kaji pasai kandungan makanan, kerja dalam lab, kerja 

dengan machine yang pelbagai tuh...dan kalau bab memasak tu ada jugak tapi kurang sikit lah, sebab saya 

lebih kepada kajian sains makanan...bukan kulinari.... (jadi tak leh buat bini sbb kurang memasak, eh!)

" ohh...gitu..cam best je kos awak nie" sambil matanya khusyuk bereye contact dengan aku.. 

" ha'ah Alhamdulillah, doakan saya agar suatu hari nanti saya boleh menyumbangkan sesuatu buat umat 

islam, buat kilang yang keluarkan produk yang pure halal punya ka dan apa-apa je lah...In Shaa Allah, Amin. "

" Aminnnn..." katanya.

Agak rancak jugaklah kitorang berchit-chat. Aku pun cuba lah masuk dengan gaya  yang macam ni...

" Awak boleh kita tukar-tukar nombor fon, nanti senanglah sikit nak berhubungkan kan kan? *senyum 

memang manis giler lah* 


and...


Alhamdulillah Allah permudahkan...

"owh..bulih-bulih  01*******" 

Waktu tu, aku rasa macam nak meloncat kegumbiraan pon ada....sepatutnya sujud syukur lah kan, 

sepatutnyalah,,,

 (eleh...baru dapat nombor fon je pon...belum tarik ke bulatan gumbira lagi)

erkk...relaks..Dakwah itu Kreatif kan. Jangan ekstreme sangat. take it slow. Sebab kalau kita refleks diri 

kita balik, kita sendiri pon tak suka kalau orang dok push-push sangat kan? 


Majlis pon bermula.....


******


Selesai sahaja forum itu...dan Allah ilhamkan untuk aku bergambar sikit dengan sahabat nie...untuk tarik hati 

sikit lah... Kitorang pon bergambar n gambar tu ditunjukkan ke murabbi aku (murabbi atersenyum...bahagia

lah kot sebab bakal ada cucu...) In Shaa Allah...Semoga Allah melembutkan hati sahabat baru yang ku

kenali ni untuk dibawa bersama-sama ke jalan DnT ni. 

Jalan yang diredhaiNya, 

Jalan di mana Allah nak tarbiyyah kita,

Jalan untuk kita mendapat kefahaman Ad Deen itu,

Jalan di mana kita meneruskan dakwah Rasulullah dan para sahabat dahulu,

Jalan untuk Ansorullah,

Dan di mana Allah berfirman sesiapa yang menolong agamaKU, maka aku akan menolong segala urusan-

urusannya. Rujuk surah Muhammad, ayat 7 (Rujuk tau!)

Sekian, Wallahu'lam





p/s : kalau masih tak faham ape tuh SH, bulih rujuk orang-orang terdekat yang anda thiqah contohnya murabbi,

yang bulih didapati daripada bulatan gumbira.

Alhamdulillah baru habis final exam tahun 1. Kali ni puasa di perantauan...(bleh la kan..)







.







Ahad, 1 Jun 2014

Manisnya ukhuwah..

Bismillahirrohmanirrohim....

Sungguh orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak (Allah) Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (dalam hati mereka ). (Surah Taha:96)

Alhamdulillah inilah yang ana alami sekarang bersama akhwat ana yang lain di jalan Dakwah dan Tarbiyah ini... Sungguh ana tidak nafikan betapa indahnya plushh wanderful berada bersama orang-orang yang soleh  (special for the same gender only!..) dalam saling menolong menegakkan agama Allah, dalam menjalankan matlamat utama kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini iaitu abid khalif (ibadah n khalifah) itu sendiri. Satu ucapan syukur yang tidak terhingga (speechless beb!) dikurniakan nikmat berukhuwah yang sebenar dalam bersahabat. Berukhuwah yang extraordinary feelingnya... (hihi...k. cukup)

haishh..ape yg berjela-jela nie....cepatlah cerita ape ukhuwah-ukhuwah ni? (nak tau2!!)-hentak kaki-

Sabar...
Sabar...
nak cerita lah nie...

Ok,duduk dulu anak-anak sekalian... (eh anak? :3)

ciplak gambar iluvislam...


Ukhuwah....
Ukhuwah adalah satu ikatan yang terbina dalam bersahabat tulus kerana Allah... suuuwittnya...

mesti ramai je yang pernah dengar pasal "ukhuwah" ni kan ? but lebih femilier di kalangan budak sekolah agama lah..kan2?

Ukhuwah ni semua berhak dapat or rasa (muslim lah)...

hah..cek x dapat pon?!

hihi...jadi join lah usrah (promote jap)..In Shaa Allah, Allah akan kurniakan nikmat berukhuwah ni pada antum semua...



Ana nak cerita sikit lah nikmat yang Allah kurniakan pada ana dalam berukhuwah keranaNya... (semoga terhibur..aisehh!)

Dalam berukhuwah ni ada beberapa level...level paling tinggi iaitu itsar yakni mendahulukan yang lain...
dan level yang paling rendah iaitu berlapang dada.

Ana bagi contoh simple la ek...

Itsar : Di suatu padang pasir, masa tgh bermusafir dgn sahabat fillah dan hanya berbekalkan air yang hanya tinggal suku dari botol....Si A sngt dahaga..Si B pon dahaga tersngt jgak... tapi masing-masing mengamalkan konsep itsar nie demi ukhuwah tuuu! (cerita hanya rekaan semata...tpi dpt x mesejnya?)

Berlapang dada: ada dua sahabat fillah ni plan nak pegi makan-makan di sebuah Restaurant.. setelah lama x jumpa kan....then nak dijadikan cerita, Si Fazlan ni dah sampai di restaurant....tapi Si Hakim x sampai2 lagi...dah sejam Fazlan tunggu...cal pon x dpt dihubungi...Tapi Fazlan tetap sabar menunggu sahabat fillahnya nie. Fazlan bersangka baik dengan sahabatnya.
 Si Hakim ni sebenarnya stuck di jalan...hp pulak habis bateri..

masa berlalu...tik tok tik tok....

sejam setengah kemudian sampai lah Hakimi di restaurant itu... Hakimi sebenarnya rasa sngt bersalah terhadap Fazlan. Tapi ternyata Fazlan menyambutnya dengan pelukan yang sngt erat...pelukan kasih syg tu...seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sebaik lerainya pelukan mereka, terus Hakimi menerangkan keadaan sebenar keterlewatannya...

Fazlan tersenyum yang menampakkan lesum pipitnya yg cutee tuu..
dan berkata " sokay akhi, Takdir Allah...bertemu jugak kita...rindu gilerr dkt enta".

agak2 ape reaksi Hakimi??... anda rase?? (trylah letakkan diri anda di kasut dia...)
kalau ana...terharu kot ada sahabat mcm nie...fuh!

JOm SESama kita usahakan semua nie kerana Allah..
BERLAPANG DADA >>> ITSAR

**********






Yes Indeed! dalam berukhuwah nie mmg banyak yang "WAH!" yang kita akan jumpa sepanjang DnT... (Series talk actually)... x caye try lah... (promote usrah) hihi....

Melalui 7 wasilah tarbiyah (7 wasilah,next entry.In Shaa Allah) kita akan dikurniakan oleh Allah macam-macam yang kita x pernah terfikir semasa area jahiliyah diri dulu.
Bila dalan DnT..kita akan dapat sahabat yang mcm nie:

- Sahabat yang selalu memperingati antara satu sama lain untuk Allah-
-saling ta'aruf dengan lebih mendalam about latar belakang sahabat kita-
-saling tafahum (memahami) sahabat-
-belajar berlapang dada dan itsar dengan sahabat-
-banyak belajar sesuatu yang baik dari sahabat yang pelbagai latar belakang-
-membuang sifat-sifat mazmumah- (even take time...besalah tu)

Konklusinya, memang istimewa lah ukhuwah yang terjalin kerana Allah ini. (x tau cheq nak describe cane..)

Akhir sekali, harapnya coretan nie moga Allah gerakkan antum semua tuk mendekatkan diri lebih kepadaNya....

ok last..
joinlah usrah.. hihi..
Sekian...

Assalamualaikum w.b.t..