Wahai Ansorullah!

Jumaat, 20 Jun 2014

Langkah Syahadatul Haq Ku....

Bismillahirrohmanirrohim.


Alhamdulillah kali ini, saya nak share pengalaman mengenai langkah pertama syahadatul haq (SH) yang saya

 telah lakukan yang berfokuskan untuk MENANGKAP ORANG! yiihaaakk (bersmngt plak tetiba..)

eh jap jap.....

SYAHADATUL HAQ @ SH???

ape tu?? first time dengaq nie...

Menurut Syeikh Abul Al-A'la al-Maududiyy,

SYAHADATUL HAQ ni ialah Pengakuan Sebenar Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain

 Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah .

" Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat islam) 'umat pertengahan' agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Kami tidak menjadikan kiblat yang (dahulu) kamu (berkiblat) kepadanya melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang berbalik ke belakang. Sungguh, (pemindahan kiblat) itu sangat berat, kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah. Dan Allah tidak akan menyiakan imanmu. Sungguh Allah Maha Pengasih, Maha Penyanyang kepada manusia." (Al-Baqarah :143)

Ha...Jom kita tadabbur ayat cinta Allah nie...

To me, Allah nak cakap yang kamu nie bertanggungjawab untuk sampaikan dakwah Islamiyyah kepada

umat Islam lain yang rata-rata ramai lagi yang tidak faham lagi matlamat sebenar kehidupan mereka di dunia

yang fana nie iaitu matlamat yang SANGAT BESAR, that is abid dan khalif.

Kita sepatutnya ada perasaan kesian dekat diorang, sepatutnyalah.....

kita kena tolong diorang...Kate nak masuk syurga sama-sama kan.. ;)

If kita tidak melaksanakan SH nie....apelah yang kita nak jawab depan Allah nanti...penyaksiann apa yang

kita nak buktikan kepada Allah nanti kan?...

[kredit]

Jadi kat sini ana just nak share je lah pengalaman ana yang sedikit nie pasai cara2 kita nak approach/ tarik

orang bertujuan >>> nak selamatkan diorang,

untuk??

For sure lah untuk Allah, my Almighty love... (blushing... ) :3

and sebenarnya banyak je lagi cara lain...

 Dakwah itu Kreatif kan... ;)

Al-Kisahnya gini...

Satu hari dalam minggu hawa yang dijalankan oleh sebuah kelab islam berpengaruh di universiti, saya ada

mengikuti salah satu program yang mereka atur iaitu yang melibatkan muslimah only. Nama program tu "Si

Pemakai Baju Kurung".Program ni lebih kepada forum lah. Menceritakan tentang ikhtilat, peribadi muslimah

n so on. Sebenarnya ada misi besar yang nak dilaksanakan...tu yang join forum tu....kira 2 in 1 lah.

Do u mean misi untuk mencari keturunan?

Barakallah! Indeed... (tepuk tangan sikit...hihi)

Then masuk je dalam dewan tu, terus pegi cari seat yang rasa berkenan nak duduk..randomly actually...(tpi

Allah yang aturkan semuanya) then tunggu punya tunggu... (biasalah tunggu VIP dulu kan)

kita serkap jarang je lah...

bermulalah...

"Assalamualaikum name ape? "

"uhuk...waalaikumussalam, nama saya Laila (bukan nama sebenar)"

actually kawan sebelah tengah makan donut.. tersedak dia...huhu  (next time kena lebih berhati-hati)

"owh...maaf, saya Nia (bukan nama sebenar) " *senyum

"kos apa?"

"kos seni" 

dalam hatiku 'huhu...bebudak seni rupanya (agak mencabar!)

" saya dengar bebudak seni punya jadual sangat pack, betulkah?'

" yup, totally right, kitorang tak macam students lain....pegi kuliah pagi...petang sampai malam dah bulih rehat

 di bilik, buat ape yang rasa nak buat. Tapi, kitorang bila malam kena pegi fakulti untuk tolong kerja-kerja 

senior kitorang sampaikan tengah malam baru boleh balik masing-masing."  gaya dia cerita memang penuh

semangat la.

Aku pon mengiyakan ja....

"mesti penat bangat kan?" aku bertanya untuk menyelami serba ssedikit perasaan diorang nie.. (aisehhh!)

"opkoss...nak buat cane kan...mmg itu yang kitorang kena buat" 

Aku pun berfikir sejenak. Kalaulah kita bulih buat gerak kerja Islam yang sampai penat lelah macam tu kan 

baguihh...berpenat-penat  untuk Allah...memang tak rugi kan?? ye dop? 

Tapi berpenat-penat untuk manusia ada ape dop? 

habis-habis pon belanja McD, eh! (boikot mok cik..hihi)

k, sambung balik...

" asyik saya ja bercakap, awak ceritalah sikit pasal awak plak" sambil keningnya diangkat-angkat..

"hihi...okeh-okeh...saya tak de pape pon...tak dak lah hebat macam awak (cewah ayattt! humble akk...)"

k*series ckit

" Alhamdulillah, Allah hantar saya ke sini untuk mengambil  jurusan sains makanan dan pemakanan, yang 

lebih spesifiknya kos sains makanan lah...yang dok kaji pasai kandungan makanan, kerja dalam lab, kerja 

dengan machine yang pelbagai tuh...dan kalau bab memasak tu ada jugak tapi kurang sikit lah, sebab saya 

lebih kepada kajian sains makanan...bukan kulinari.... (jadi tak leh buat bini sbb kurang memasak, eh!)

" ohh...gitu..cam best je kos awak nie" sambil matanya khusyuk bereye contact dengan aku.. 

" ha'ah Alhamdulillah, doakan saya agar suatu hari nanti saya boleh menyumbangkan sesuatu buat umat 

islam, buat kilang yang keluarkan produk yang pure halal punya ka dan apa-apa je lah...In Shaa Allah, Amin. "

" Aminnnn..." katanya.

Agak rancak jugaklah kitorang berchit-chat. Aku pun cuba lah masuk dengan gaya  yang macam ni...

" Awak boleh kita tukar-tukar nombor fon, nanti senanglah sikit nak berhubungkan kan kan? *senyum 

memang manis giler lah* 


and...


Alhamdulillah Allah permudahkan...

"owh..bulih-bulih  01*******" 

Waktu tu, aku rasa macam nak meloncat kegumbiraan pon ada....sepatutnya sujud syukur lah kan, 

sepatutnyalah,,,

 (eleh...baru dapat nombor fon je pon...belum tarik ke bulatan gumbira lagi)

erkk...relaks..Dakwah itu Kreatif kan. Jangan ekstreme sangat. take it slow. Sebab kalau kita refleks diri 

kita balik, kita sendiri pon tak suka kalau orang dok push-push sangat kan? 


Majlis pon bermula.....


******


Selesai sahaja forum itu...dan Allah ilhamkan untuk aku bergambar sikit dengan sahabat nie...untuk tarik hati 

sikit lah... Kitorang pon bergambar n gambar tu ditunjukkan ke murabbi aku (murabbi atersenyum...bahagia

lah kot sebab bakal ada cucu...) In Shaa Allah...Semoga Allah melembutkan hati sahabat baru yang ku

kenali ni untuk dibawa bersama-sama ke jalan DnT ni. 

Jalan yang diredhaiNya, 

Jalan di mana Allah nak tarbiyyah kita,

Jalan untuk kita mendapat kefahaman Ad Deen itu,

Jalan di mana kita meneruskan dakwah Rasulullah dan para sahabat dahulu,

Jalan untuk Ansorullah,

Dan di mana Allah berfirman sesiapa yang menolong agamaKU, maka aku akan menolong segala urusan-

urusannya. Rujuk surah Muhammad, ayat 7 (Rujuk tau!)

Sekian, Wallahu'lam





p/s : kalau masih tak faham ape tuh SH, bulih rujuk orang-orang terdekat yang anda thiqah contohnya murabbi,

yang bulih didapati daripada bulatan gumbira.

Alhamdulillah baru habis final exam tahun 1. Kali ni puasa di perantauan...(bleh la kan..)







.